tentang pelangi

Wednesday, October 21, 2009

Wajahnya masih terbayang di depanku

Helo my frens,my blogger,and my flower....
Hari nie mungkin hari yang indah buat aku dan kengkawan aku.Hari nie aku exam Mathematics dengan Sejarah.Agak kurang senang jugalah.Tapi aku paling suka jawab paper sejarah hik3.Paper maths pulak,aku macam merangkak jugalah.Tapi still okay lagi.Esok pula,aku exam paper Chemistry,Physics,and Pendidikan Moral...nielah antara paper yang sering kali membunuh aku...Kejam sungguh soalan soalannya....Tengoklah macam mane esok..Tapi kalu tak study apa apa pun,tak gunalah kan...So harap dapat jawablah esok.


Sebelum aku nak tidur malam tadikan kira kira pukul 2.14pagi.Agak agak macam tulah..Aku tetiba rase seram sejuk pula dengan keadaan luar bilik aku mase aku nak basuh kali kat bilik air.Macam macam aku fikir dalam pale otak aku..HANTU???Itulah yang bermain kat pale aku mase tu...Lepas basuh kaki je,aku terus masuk cepat cepat dalam bilik.Time tu bapak aku tutup semua lampu.Sampai aku terlanggar mesin basuh..Nasib baik tak sakit kaki aku.....Lepas masuk bilik terus kunci dan aku cepat cepat baring atas katil aku yang sejuk tu...Laptop aku yang ade kat atas tilam tu terbiar macam tu je lepas habis aku study paper trial yang aku download....Tapi lepas tu tutuplah..hik3...

Sebelum aku nak lelapkan mata tu aku tetiba teringat dekat arwah kawan aku Nor Hisyam...Dia meninggal 6 tahun yang lepas sebab kemalangan..Mase tu aku dalam darjah lima and arwah tingkatan satu..Arwah nie kira kawan rapat aku...Time cuti je dia datang rumah kakak dia kat sebelah rumah aku.Dia nie anak bongsu dalam family so dialah yang paling muda..Kakak dia kawan dengan mak aku..kakak dia nie dah ade anak dah..Anak anak dia kawan kawan aku juga...So memang bestlah kalu time cuti tu sebab Hisyam balik dari kampung...Arwah memang baik dengan aku and dia nie seorang yang suka mengalah dengan anak anak buah dia....Masih segar dalam ingatan aku kitaorang semua berkhemah dalam rumah aku sambil tengok cter hantu...Moment yang paling best bila masak maggi kari 5 bungkus untuk semua orang sampai mee tu terlebih masak..Hahahaha time tu budak budak lagi manelah tahu sangat..malam tu parent aku tak de sebab diaorang pergi Port Dickson....So nie peluang aku ajak tidur ramai dalam rumah aku.Lagi pun rumah masing masing dekat ngan rumah aku so parent diaorang tak marahlah....Aku rindu mase lalu...Kalaulah arwah masih ade kan bagus...Bila arwah balik dari kampung  je dia akan paling mak aku dulu dengan panggil 'Aunty,Nicholas ade tak..'Arwah agak rapat dengan mak aku sebab tulah sampai sekarang mak aku masih ingat panggilan Aunty tu...Aku agak sedih bila dengar berita kemalangan tu dari kakak arwah..Tak sangka baru lepas beberapa hari aku jumpa dia,dia dah pergi buat selama lamanya...Dia meninggal lepas balik daripada majlis hari raya anak anak yatim dengan mak arwah dan pak ciknya...Seingat aku malam kejadian,van yang pakcik arwah pandu berhenti kat tepi jalan sebab nak tolong orang yang rosak tayar keretanya..Mase tu,tiba tiba sebuah lori besar yang laju datang  dari arah belakang tanpa disedari terus merempuh van yang dinaiki arwah.Dalam mase yang sama,arwah dengan Ibu tengah tidur..Van diaorang tercampak ke gaung dan Arwah terpelanting ke bawah....Agak menyayat hati bila aku dengar cter dari kakak dia...Dia meninggal kat hospital lepas sedarkan diri...Lepas tu baru mak dia meninggal sejurus selepas beberapa minit...Tak sangkakan,Tuhan boleh tarik nyawa kita bila bila mase...Aku yang tak tahu apa apa ni menangis dengan tiba tiba lepas kakak dia bagi tahu semuanya...

Kenangan dengan arwah adalah sebuah memori yang sukar dilupakan sebab dia terlalu baik dengan aku and family aku...Sampai sekarang aku masih teringat bayangan arwah Hisyam.....Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang beriman..



4 comments:

  1. woa..
    menyayat hati laa entry kali niey..
    smoga arwah Nor Hisyam dicucuri rahmat Allah swt..

    owh yer,,
    lagu tue sentimental lar nick..
    credit for nichkhun!
    hehe..
    :D

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah..
    Moga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman...
    shabat yang pling bermakna dlm hidup kita adlh shbt yg berjaya meninggalkan kesan "tapak kaki" dalam hati kita.

    ReplyDelete
  3. Arwah Nor Hisyam memang kawan baik nick sejak nick dalam darjah 2 lagi sebenarnya...Satu satunya kawan pertama yang hilang begitu saja dalam hidup nick...

    ReplyDelete
  4. Semoga arwah ditempatkan di tempat dikalangan orang2 beriman..Kawan yang berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri nick..memang sampai sekarang keluarga nick ingat kat arwah...

    ReplyDelete