tentang pelangi

Thursday, December 24, 2009

Christmas Tree

Salam sejahtera buat semua blogger!!
We wish you are merry christmas
we wish you are merry christmas
we wish you are merry christmas
and the happy new year!!!

Wah!!
Christmas coming??
Yup!! it's true..
Ho ho ho ho...
Santa is coming to your house...
Don"t believe it??
Me too..
Actually santa is not exist...
huhuhu...

Wah penat aku hias pokok christmas kat rumah
mak cik aku....
Macam macam idea baru nak buat...
last last aku cari kat internet aje..
Berjayalah juga walaupun simple
hik3...



nie belom siap lagi...



adik aku tengah sibuk balut hadiah...
tapi cuma kotak kosong aje...



rumah selerak dengan barang2..



Hampir2 nak siap jugalah..



loceng terakhir yang aku letak...



tak dapat ambik gambar penuh...



Bintang terakhir yang aku letak!!

Merry christmas!!
May your christmas celebration fill with happiness..

Wednesday, December 23, 2009

Cuma sekali



Cukuplah dengan apa yang aku dah lalui selama nie..
Enough forever!!I dont want she hurt!!I know she can do it...
Aku tak pernah sedetik pun mencintai dia..Kenapa dia terus kacau hidup aku!!
Aku tak kacau dia tapi kenapa!!!
Aku duduk seorang diri menyendiri buat beberapa jam sampailah mak cik aku panggil untuk makan malam.
Perlahan lahan jiwa aku mengimbau kembali masa masa gembira yang pernah aku lalui.
Memang manis bila dikenang tapi secara realitinya aku tak dapat putar kembali masa masa itu.
Keluarga,kawan kawan yang selalu menemani aku buat selama lamanya cukup
sudah buat diri aku bersyukur...Aku lebih rela tidak menyerahkan hati aku pada orang lain.
Maafkan aku...Aku terpaksa buat keputusan nie...
Tapi sebalik apa yang berlaku kat aku tempoh hari aku akan padam terus dari
kotak hati buat selama lamanya....Maafkan aku sekali lagi sebab buat keputusan ini...

Tuesday, December 22, 2009

Gunung Berapi Meletus!!

Salam sejahtera buat korang semua!!!
Huhuhu...lama tak posting ape ape kan...Entahlah aku tak ade mood langsung..
Sebenarnya aku mendiamkan diri buat sementara waktu nie...Nak cari jalan untuk mendapatkan cinta sejati..
Hik3 cinta sejati??Menyampah dengar ayat tu...Aduh ai bila fikir balik,aku kene buat banyak keputusan.Nak jaga perasaan orang bukan mudah kan...So kat si dia yang membaca nie,harap jangan ragu ragu lagi dengan saya.Kita buat macam biasa okay...Kita jadi kawan yang happening sentiasa...Biarlah orang nak mengata saya dengan awak ape ke kan...You just ignore okay...

Kat si dia yang sorang lagi nie,saya nasihatkan jangan terhegeh hegeh kat saya...Saya belum terima mana mana cinta dalam hidup saya..Pintu hati belum terbuka untuk siapa siapa lagi.So don't hate me if your heart is not for me...Sory to say awak...Saya bagi nasihat...Ambil semua nie sebagai pengajaran...Sekiranya awak beberapa kali gagal dalam menjalinkan hubungan,sebaiknya awak berterima kasih dengan apa yang berlaku.Macam apa yang berlaku tempoh hari antara saya dan awak...Pergilah cuti kat cameron highland tu dan tenangkan fikiran awak..Saya betul betul mintak maaf dengan ayat saya ari tu...awak masuk bilik saya tanpa kebenaran saya buatkan saya bertambah benci kat awak!!Fine kalau awak nak membenci saya juga saya tak kisah!!Saya ada benda lain yang lebih baik daripada diri awak...Saya ada kawan kawan yang saya sayang dan awak tak perlu nak kritik saya dan mereka faham....

Lepas nie kalau awak bertembung dengan saya kat mane mane,anggap saya tak ade dan tak pernah wujud dalam kamus kehidupan awak begitu juga saya!!Saya akan bertambah benci kalau awak terusan ganggu saya...Apa yang ada pada saya nie??Harta ke??Sory kalau bapak awak suruh saya kahwin dengan awak sekalipun,saya lebih rela tak kahwin seumur hidup...Sampai kat sini saja nasihat saya pada awak..Teruskan membenci saya okay...Atau anggap saja saya dah mati dimata awak....Kalau nak kene sembur dengan saya datanglah cari pasal dengan saya...hik3 baru tahu saya kejam...Saya bagi hadiah teddy bear tahun lepas tu awak jangan simpan lagi taw..Bakar terus!!Atau campak je dalam mana2 gaung biar awak pun tercampak sekali dengan teddy bear bodoh tu!!I HATE YOU CAT!!!

So itulah yang dah berlaku kat aku dalam 5 hari nie....Sekarang nie,aku kat Petaling Jaya dengan mak cik aku sebab nak sambut Christmas...Nampaknya christmas tahun nie agak hot!!Ye malam christmas nanti nampak si dia jugak!!Tak tahulah apa yang jadi lepas nie....again and again I hate You!!!

Monday, December 14, 2009

Penatnya hari nie......

Salam sejahtera buat kalian semua..
Aduh penatnya aku hari nie...1st time aku naik teksi dengan adik aku..
Takut jugalah sebab tak biasa.Selalunya ayahlah yang selalu hantar dan balik.
Tapi dalam minggu nie,ayah tak de kat rumah sebab keje kat kuantan 3hari atau seminggu lamanya.
Memang tak sangka kehidupan aku lepas nie sangat sangat sakit dan
buat aku lemah..Aku lebih suka kat sekolah dan buat kerja sekolah..
Tadi aku mintak keje kat Econsave..Aku isi borang pastu esok pergi interview
pula...Tambah pula,esok aku pergi daftar kursus kat PTPL untuk 3bulan...aku ambik kursus BI dengan computer...
Maknanya aku kerja sambil kursus lepas nie..
Aduh cabaran buat aku kali nie sungguh memeritkan...
Doakan aku untuk berjaya mase interview tu esok ye...
Erm tadi aku bincang dengan mak aku pasal ambik lesen...
Nampaknya naik skuterlah aku lepas nie...
Penatlah aku esok....Inilah dugaan dunia luar yang sangat sangat memeritkan.
Doakan aku buat yang terbaik esok ye..

Saturday, December 12, 2009

Aku pasti merindui...

Salam sejahtera buat semua...
Semalam jamuan kelas 5Arif kat Mcdonald berjalan dengan lancar,
penuh dengan keriangan dan gelak tawa yang masih terdengaran sehingga
hari nie.Aku tahan rasa sedih itu...Biarlah semua jadi kenangan sehingga aku mati.
Aku menghayati detik detik terakhir bersama mereka....
Aku mendoakan kebahgiaan buat mereka...
Itu cinta dan sayang aku buat mereka...

Kami semua berjanji akan buat reunion 3tahun sekali
ditempat yang sama,tarikh yang sama dan masa yang sama...
Biarlah semua berlalu...Tapi aku tetap tidak akan lupakan
semua tu....


5Arif 2009 Gempak



Gossip geng



Nora baru??



Aku dengan timed



Hani dengan Wan



Murali..



Makan makan



J dan Helmi



Kek yang sedap



Hadiah besday pnut dari nora



Aishah..


My girls

Tuesday, December 8, 2009

Satu lagi...

Hanya satu lagi buat aku.....
 Sampai sekarang aku masih bertahan sekuat mana yang boleh...Tinggal reka cipta je lagi.
Aku berharap dapat buat terbaik untuk paper nie.Sape tak nak dapat result baguskan.Hari nie aku hampir putus asa...Cket je lagi tapi diselamatkan dengan semangat ingin berjaya.Ye aku taw aku cakap dengan kengkawan aku tadi yang aku give up tapi dalam hati aku,masih ada timbul semangat nak terus berjuang.Kalau ini takdir buat aku,aku terima dengan redha dan seikhlas hati...Aku berjuang untuk gred aku..
Aku cukup kagum dengan semangat Kang Ji Won dalam citer Death Bell..Dia berjuang untuk markah dia walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah..Aku cukup insaf bila dengar Ji won kata yang dia akan berjuang habis habisan untuk dapat gred terbaik dan jadi pelajar nombor 1 dalam sekolah...Aku sedar walaupun aku nie lemah tapi tak bermakna aku akan lemah selama lamanya...Seperti mana Kang Ji won.
Begitu juga dengan Chung Shang yang tak pernah abaikan pelajarannya walaupun dia menghadapi masalah yang sama seperti Ji won...Ye watak watak nie buat aku sedar bila aku fikirkan mase depan aku...
Memang aku terpengaruh dengan citer2 korea...Ye aku sedar sekarang...aku sedar yang mase depan aku
semua bergantung pada kekuatan dalam diri...

Aku akan pegang prinsip hidup tak nak mengaku kalah!!
Biarlah aku mula dari bawah kalau itu adalah takdir buat aku...
Aku terima seadanya.......

Hari nie seronok je tengok budak class aku yang dah habis paper...Budak 5Arif sorak sungguh.
Tak pe sabar nick...Esok turn ko pulak bersorak habis2..Ye hari nie last paper bagi class aku tapi yang ambik subjek tambahan macam aku nie esok ialah last day...Doakan aku buat yang terbaik ye...
Lagi sekali perasaan aku bercampur baur bila masing masing lepas nie takkan jumpa antara satu sama lain.
Perasaan aku sangat2 sakit bila aku fikir perkara nie...Tapi kat sinilah tempat aku meluahkan perasaan yang terpendam.Seronok je aku tengok budak2 class aku...Seronok aku tu bermakna last day aku nampak diaorang berbaju sekolah.After this no more school uniform dalam hidup masing2.Sebak tu memang sebak sebab esok juga kali terakhir untuk aku mengenakan baju uniform biru yang dari form 1 aku bergelar pengawas sekolah sampai form 5..Sangat2 sedih bila besok kali terakhir dan inilah pengakhirannya buat aku
bergelar pengawas sekolah menengah...Banyak sangat memori manis yang memang sukar nak dipadamkan.
Ye aku akan pandang bila aku rindu barang2 sekolah aku nanti...Ia akan jadi khazanah dan harta paling bernilai dalam hidup aku.....

Dalam mase yang sama hati ini masih mengharapkan seseorang...
Seseorang yang tak perlu aku kenalkan tapi bila senyuman itu membuatkan aku mengimbau hari pertama aku luahkan perasaan ini terhadap dia...Ye ingat lagi tentang dia??Dia orang pertama bagi aku...
Tapi biarlah perasaan ini terbuku begitu sahaja...Kalau aku mengharapkan sesuatu daripada dia,sanggup ke dia buat??Kenapa perasaan ini tetap hadir walaupun aku dah lupakan...Kalau ini dinama kasih patut ke aku sekali lagi bagitahu??Persoalan nie tidak akan terjawab kalau aku sendiri tak bertindak....2 orang yang terpaksa aku fikirkan...Biarlah aku saja yang tahu.....

Sunday, December 6, 2009

Untuk extinct wait okay.....




Aku cuma letakkan pic nie dulu....

Akan terpahat dalam ingatan...



Sekali lagi perasaan aku bercampur baur...
Sejujur dan seikhlas hati aku masih belum sedia meninggalkan kawan kawan aku.Aku sayang,aku cinta diaorang sangat2.Inilah yang dikatakan setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Aku benci ayat nie!!!Kenapa perlu setiap orang berpisah..Dunia nie seperti tak adil langsung buat aku...Mase pergi begitu pantas~
Hanya tinggal 2 hari lagi untuk aku sempurnakan tanggungjawab aku sebagai calon spm dan pelajar sekolah menengah.Lepas nie,gelaran tu tak kedengaran lagi kat telinga aku..Sudah pasti kerinduan akan mengusik setiap pelusuk hati ini....Bagai semalam pertemuan baru bermula antara kawan kawan aku....Bila merenung bulan dilangit,terbayang seorang demi seorang insan yang meningglkan kita..Sudah tertulis dalam kotak hati dan memberitahu perasaan yang teramat merindui semuanya....Bukan mudah untuk aku melenyapkan semua memori yang terpahat.Memori yang penuh warna warni.Ada tawa,ada gembira,ada sedih,ada duka,ada sakit,ada luka itu semua membuatku berduka bila mengenang kembali masa bersuka ria bersama kawan kawanku....

Kat sini aku nak buat ucapan yang amat bermakna buat semua kawan kawanku dari mula aku masuk sekolah menengah iaitu dari form 1 until form 5....Aku nak ucapan nie jadi suatu kenangan kita semua.
Aku mulakan dulu dengan tingkatan satu dedikasi....
Untuk kawan kawan 1D dulu aku nak bagi tahu yang aku sangat2 sayang kat korang semua walaupun kita semua dah pergi meninggalkan masing2..Sangat2 seronok kawan dengan korang semua...Antara kawan yang selalu teman aku,yang duduk sama2 dengan aku iaitu my best friend Neeroshini...Yang selalu wat klakar dengan aku,shot,fiqah,wani,shima...Otak sakai dalam class,fadzuar yang tak pernah gagal buat aku ketawa dengan benda pelik yg dia wat...Mira,fiqah,nad,aqilla,wani kecik,sarah,fatinah yang giler karaoke ngan aku..
Wani sepet,thanks sebab selalu layan perangai giler aku..Kat alif,amirul,redzuan,hafizul,wong,hazri and hilfazi aku sangat2 suka kawan ngan korang sebab satu pale ngan aku...Wat fatin amira yang ade kat johor tu,aku suka gedik gedik manja ko yang buat aku menyampah sampai sekarang.Thank sebb still ingat aku sampai sekarang..Love you all!!!

Hikayat baru mase tingkatan 2 Arif...
Kehidupan aku sentiasa berubah....Masuk form 2,aku sangat2 takut sebab bersaing dengan ramai budak yang teramat pandai nak mampus....Takut juga nak kenal budak2 yang muka2 baru dalam hidup aku..
Tapi akhirnya aku dah dapat suaikan diri...Ucapan nie aku tujukan kat orang yang aku mula2 rapat iaitu Chong!!Sangat2 best kawan ngan dia sebab slalu usik dia...Aku memang suka wat keje usik mengusik nie..
To others,terutamanya,Midi,Farish,Salleh,Syuk,Sidiq,fizi,aku sangat seronok kenal korang..lagi2 midi yang sangat2 suka wat klakar ngan aku mase class maths puan zaini dulu...To girls,nabilah ahmad,nadiah loke,shafa,wawa,fatin,iznieza,aku kat merindui wajah2 korang....Walaupun kita kurang rapat sangat..

Hikayat Tingkatan 3 Bestari...
Class yang sangat2 best!!!Aku sayang member2 aku Efa,Nabilah[Belut],aida,mimi kecik,Kak Fah,Fatimah,Ama,Dayah,Sue,and nadia..Girls yang lain aku sayang korang jugak,ros,bai,zelah,fatin].
To boys,aku sangat2 seronok dengar lawak2 korang terutamanya,Fae,Borhan,Latif,Najmi,Surender,Vinod,
Kova and adalah ramai sangat yang aku dah lupa nama2 yang lain...Sayang class nie 3B 4ever!!!
Belum habis lagi,efa and nabilah aku sayang korang bangat sebb kita selalu g jalan sama2 ngan aida jugak...Sampai pernah tertinggal bas nak balik rumah dari shopping..sangat2 klakar timeh tu...
Hikayat yang penuh pergolakkan baru sahaja bermula.......
Tingkatan 4Arif dan 5Arif.........
Hikayat 2008 dan 2009 ini banyak mengajar aku erti kehidupan.Mase tahun 2008 adalah tahun honeymoon aku.Tahun nie betul2 seronok bagi aku...Dilanda gossip,masalah dan sebagainya.Tapi aku sabar je...
Aku tak nak kenang peristiwa yang menyakit hati aku tu...Time nie aku cuma tabah dan belajar menghargai semua orang...Tapi bukan aku tak pernah menghargai kawan kawan aku sebelum nie...Maksud aku,tahun 2008 dan 2009 nie aku belajar meningkatkan diri sebab aku dah semakin dewasa untuk memahami keadaan sekeliling...Kawan2 yang sentiasa menyokong aku dari belakang dan memberi aku dorongan..
Khas buat teman yang akan aku kenang sampai aku mati....
Kepada Raimi and Helmi,iaitu kawan yang selalu berdamping dengan aku bila ada gossip lelaki,aku seronok dengar cter korang dan kongsi apa yang aku rase terhadap perasaan kepada girls.Tu vicky and murali,aku teramat menghargai korang...murali,ko kawan yang suka dengar masalah aku...thax sbb sudi mendengar..
Kat fatimah,Izzatie,Timed,mira,sharmala,aishah,fong,olivia,and mimi,aku menghargai apa yang korang buat kat aku.
To aishah,jangan lupa datang paris,pergi butik aku...Hik2...Hanisah,aku dah mula suka dengan HSM ko tue...Huhuhuhu..Amira,fashion is forever okay...Hik3
To shalani,shamala devi,sivashangkari,and shasikala,walaupun kita kurang rapat tapi kita still layan sama2...
To my dear friend,Neerosha and Liau aku akan rindu korang sampai bila2...Jangan lupa story kita yang sangat2 klakar tu..Hik2...Lepas nie,majalah kpop dari liau xde lagi,gelak ala2 pontianak dari neerosha akan terkubur semuanya...Aku rindu korang berdua...sayang dan chenta korang..Liau pulak,aku tak dapat tengok koleksi fashion dia lagi...sangat2 sedih bila dah berpisah ngan korang berdua..Aku dah mula nak nangis dah..
Untuk jaida.fani,ina,pnut,eya,aku mintak maaf kalu aku kasar ngan korang..aku sangat suka kawan ngan korang semua...Jangan lupa meja gossip kita masa class 4A dulu..Kat situ,tak kira laki atau pompuan akan gossip tak ingat dunia....Sangat2 best..Kat jaida aku sayang ko ngan ina...huhuhuhuhu..To pnut my Ex aku mintak maaf kalu aku tak dapat ucapkan kata2 tue...Biarlah jadi rahsia aku..Yang paling utama aku sayang korang sangat2....
Lastly to my bestfriend Vim and Charlene..Aku sangat 2 menyayangi korang walaupun kita tak rapat..
To vim,aku sangat2 tak sangka aku dapat kawan dengan ko sbb mase sekolah rendah dulu,kita tak tegur pun kan....Tapi aku sangat2 seronok kenal ngan ko...
To my extinct,korang teramat istimewa dalam hidup aku...Nanti aku buatkan khas untuk korang...
Aku sayang,aku chenta sepenuh hati aku...Aku tak tahu macam mane hidup aku lepas nie tanpa korang semua....Aku taknak berpisah ngan korang!!!!



Lakaran kemanisan class 4Arif 2008


5Arif 2009


Pnut,eiya,jaida,fani,and sharina


Fong,Sharmal,Liau


Aishah,mira,hanisah,


Timed,Fani,Jaida



Liau dan Murali


Helmi ngan aku


Mimi


Aishah


Izzati dan fatimah


Pavithra dan Raimi


Aku ngan Raimi


Vim


Vicky


Shasikala,Vim,neerosha,shalani,pavithra dan shamala devi.


Helmi,timed,izzati,mira dan liau


Mimi,eiya,jaida,ina


Animal extinct society...


5Arif 2009


Budak kami!!



Akan terpahat selamanya...

Thursday, December 3, 2009

Aduh!!!..........50%-50%

Salam sejahtera dam salam sayang buat sayang sayangku.
Hari nie selasai sudah aku menjawab paper fizik.Agak gementar juga nak jawab sebab aku kurang buat persediaan sebenarnya.Kat sesiapa yang betul betul study tu,aku nak ucapkan taniah dan selamat maju jaya.Aku pula,50-50 je.Tapi syukurlah sebab aku dapat jawab semua sekali..Sejujurnya aku ingin mengatakan bahawa inilah kali pertama dalam hidup aku dapat jawab semua soalan fizik.Bukan nak cakap besar,tapi memang aku tak menyangka yang aku boleh buat soalan tambahan sekali.Agak mengejutkan juga sebab bukan semua student cukup masa kan..First sekali aku dapat paper soalan,agak takut juga nak buka.
Actually,aku lebih rela menjawab Biology daripada fizik sebab fizik banyak kira2...Lagi lagi yang berkaitan dengan prinsip2 yang entah pape tu.Paling tak suka ialah bab elektrik.Membunuh jiwa aku sebenarnya...
Kawan kawan aku pun mengatakan benda yang sama..Tapi nasib baik aku boleh jawab soalan elektrik tadi.

Hai mase berlalu dengan pantas kan....SPM aku dah nak habis..2 paper je lagi iaitu chemistry dengan Reka Cipta...Harapan aku,dapat buat yang terbaik.Itu aje..Sebab hasrat aku lepas nie nak sambung juga study aku....Hani cakap,kalau mulakan dari bawah balik,agaknya aku sanggup ke??? Biarlah aku fikirkan dulu.Aku nie dahlah pemalas...Aduiiii macam manelah aku dah kahwin nanti ek??Makan ke tak family aku.Sangat2 risau tentang mase depan...Kalau dapat result yang baik,aku memang teramat bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan...Pilihan banyak..tengoklah mane yang sesuai dengan aku nanti,kat UM ke,UiTM ke,UPM ke,atau UP,aku tak kesah...Asalkan,aku dah berada kat puncak yang aku nak...Agak keterlaluan ayat aku nie..sory kalu korang anggap aku nie suka meninggi diri...Tak,aku bukan macam tulah sayang2 ku..Hik3

Okaylah sampai kat sini saja untuk hari nie.....Camat berjaya kat semua calon SPM 2009 seluruh Malaysia!!
Aja2 faighting!!!!!

Thursday, November 26, 2009

Semangat Yang Berkobar kobar





Salam sejahtera buat sayang sayang ku...
Hari nie aku betul betul mendapat semangat yang berkobar kobar daripada Cikgu Azhar.
Hari nie Cikgu Azhar buat class untuk kali terakhir kepada pelajar yang ambik Biology.
Aku tak lepaskan peluang nie sebab aku tahu aku lemah dalam subjek nie...
So aku sangat sangat happy hari nie sebab belajar Bio coz sebelum nie aku rase bosan
tapi hari nie aku mendapat semangat yang baru dan membakar jiwa aku..

Nampaknya lepas nie aku dah tak dengar Cikgu Azhar marah kat aku
kalau aku tak dapat jawab soalan..Semuanya akan tinggal memori dalam hidup aku.
Semua nie takkan dapat cari kat mane mane...
Inilah kali terakhir aku jumpa dengan dia..Lepas nie juga aku tak akan lari lari lagi masuk kelas Bio sebab kitaorang satu class slalu lambat lagi lagi aku ngan member Extinct...

Sebelum keluar dari lab bio tadi cikgu azhar sempat bagi kata kata semangat kat aku.
Moga moga dapat wat yang terbaik untuk paper biology Isnin nie.
Amin..kalu dah berusaha sungguh sungguh tak mungkin tak boleh buat.
Aku sempat salam ngan dye juga and ucapkan terima kasih....
Saat aku lepaskan tangan dia tadi terasa semangat yang membakar diri tu menjelma
dalam minda aku[ayat skema]......

Hari nie aku sangat2 riang walaupun area rumah aku ni penuh ngan bunyi bising..
Nak study tu kene memerlukan kesabaran cikit sbb banyak gangguan...
Adik adik aku yang suka memekak lagi..Adooi aii..
Erm hari nie bapak aku dapat gaji..Aku terdengar tadi mase mak dengan adik aku
berborak sakan kat depan ruang tamu..Katanya nak pergi makan kat luar..Erm..dah lama juga
family aku tak kuar makan kat restoran...Tapi~~tak jadi sebab adik adik aku nak makan McDonald.
Ala~~~....

Alamak aku kene stop dulu sebab nak sambung study Biology..
Oklah buat semua,sampai kat sini sajalah ye..
Esok mungkin aku ade citer lain pula...Bye...huhuhu


Wednesday, November 25, 2009

Sedikit Kecewa...




Salam buat semua sayang sayangku..Semoga korang sentiasa bahagia selalu..
Aku disini akan sentiasa mendoakan korang...
Hari nie aku rasa sedikit kecewa dan tak de mood langsung nak cakap..
Tapi kat sini sajalah tempat aku nak mengadu...
Ya tuhan...Apa yang aku dah buat nie...........
Kenapa tetiba aku jadi blank....Padahal aku tahu nak buat soalan tu.
Banyak kali aku dah buat latihan tapi masuk exam je aku menjadi tak menentu..
Aku terpaksa meninggalkan beberapa soalan dan cuma buat mane yang aku rase pasti boleh score..

Melangkah masuk ke dalam dewan je aku rase yakin dan bersemangat.
Dapat paper and bace soalan dengan teliti...
Time soalan belakang belakang tu aku dah mula jadi pelupa dan tak tentu arah.
Padahal aku tahu buat tapi entahlah mungkin nie dah takdir aku..
Lepas habis je paper aku terfikir apa yang aku buat dalam tadi??Memang aku
tak sangka jadi macam nie...

Apa apahal aku dah usaha sebaik mungkin dan tengoklah apa hasilnya nanti.
Petang tadi lepas balik je aku terus masuk bilik dan tendang pintu bilik sekuat hati aku.
Nasib baik mak aku tak de kat umah cuma 2 orang adik aku je...
Adik aku pun takut je tengok perangai aku yang tak pernah tendang pintu bilik..
Time tu aku dah tak tahan perasaan marah aku giler giler...

Malam nie nak study Biology sebab esok ade extra class...
Isnin depan baru exam Biology so cikgu Azhar ambik peluang nie.
Aku pergi punya esok sebab aku tak nak lepaskan apa2 maklumat.
Lepas nie,untuk subjek minggu depan,aku berdoa tak jadi cum tadi..sangat kecewa..No I mean sedikit je.
Tak pe...semua core subject dah habis.Aku target paper teras boleh dapat A-or A or A+..
Amin...Semoga aku dapat wat yang terbaik..Doakan aku ek korang...
Okaylah sampai kat sini je untuk hari nie...Bye..

Monday, November 23, 2009

Aku Menangis bukan kerana....


Salam sejahtera dan salam persahabatan...
Aku menangis bukan kerana aku menyesal..
Aku menangis bukan kerana aku tak boleh buat..
Aku menangis bukan kerana apa yang aku dah buat dengan exam
paper math mode pagi tadi....

Sesungguhnya ini sudah menjadi lumrah dalam kehidupan
sebagai seorang pelajar..Entahlah bila difikirkan balik,rase macam nak putar kembali masa tadi....Bukan ada kekesalan dalam diri aku.Tapi cuma kelalaian yang memang tak disengajakan...Aduh!!Kenapalah aku fikir semua balik benda yang aku dah buat tadi..Argh!!...Malas aku nak fikirkan balik..Yang dah lepas tu dahlah!!
Apalah Cik Nick nie....Yang penting aku dah buat sebaik mungkin untuk paper maths aku....Kalau rezeki aku dapat A, itu dah buat aku teramat bersyukur....Tapi aku tak mengharapkan apa sangat.Tuhan saja yang dapat menolong.Ya tuhan lembutkanlah hati pemeriksa yang menanda kertas jawapan aku.Termasuklah paper yang sebelum nie dan yang akan menyusur selepas nie....

Lusa pula ialah paper Add Math....Antara paper yang membunuh aku.Tapi kalau aku dah usaha ,tak mungkin aku tak boleh buat nanti.Ya tuhan tolonglah hamba mu ini untuk menghadapi segalanya.
Kuatkanlah hati ku dan terangilah dengan cahaya kejayaan...Semoga segala usaha selama ini berbaloi.
Begitu juga dengan kawan kawan yang lain.Semoga dapat buat yang terbaik untuk diri dan keluarga...
Sekarang nie aku rase jantung aku berdegup dengan kencang.Mungkin disebabkan aku agak stres juga
kebelakangan ini....Tapi aku sentiasa pegang pada prinsip hidup aku supaya tak tension and banyakkan berdoa sahaja....

Semakin hari,semakin hampir aku akan berpisah dengan kawan kawan aku.Perasaan sedih selalu mengundang dan cuma meniti hari sahaja.Sejujurnya aku tak dapat nak terima kenyataan semua nie.Rase macam baru kenal semalam.Tetapi disebabkan keakraban antara satu sama lain,susah untuk aku meninggalkan diaorang semua....Sememangnya setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
Aku teringat dekat salah seorang Extinct aku yang bagitaw bahawa...
"Sahabat yang sejati adalah sahabat yang berjaya meninggalkan tapak kaki dihati kita"

Aku harus terima kenyataan dan berusaha untuk menjalani kehidupan diluar sana..






Friday, November 13, 2009

My SPM Subjaect...

Hello everyone!!!I hope you all always happy.
Actually,today I have Biology extra class but I'm not attend because last night I'm busy with my study and I'm slept too late....I sure all spm candidate this year feel the same things with me...
Come on,dont' push yourself.Be relax and not too much tension..
If you already prepared for your Exam,I'm sure you can do it.
I wish you all Good Luck okay.

:: My SPM subject ::
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Mathematics
Pen.Moral
Sejarah
Reka Cipta
Additional Mathematics
Physics
Biology
Chemistry

As time passed by,Spm only left 4 days...
Managed your time okay.See you.


Kemaafan Dipinta

Syukur and thanks God....
Salam buat semua..semoga korang berada dalam keadaan sihat dan gembira bersama orang yang tersayang.Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan korang semua.Begitu juga korang ye.Tanggal 18Nov2009,semua calon SPM tahun nie akan melalui saat saat genting menghadapi peperiksaan besar yang bakal menentukan masa depan....Segala usaha yang telah dilakukan pasti membuahkan kejayaan...Amin..
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan...Yang paling penting adalah restu daripada kedua orang tua dan memohon doa kepada Tuhan...Tidak lupa kepada guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga.
Tak cukup juga,mohon maaf kepada semua orang termasuk sahabat handai..Itulah yang telah berlaku pada hari rabu lepas kat sekolah aku.Majlis Redha Ilmu telah sempurna dilakukan oleh SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 SMK Senawang 2009....

Pagi tu,ramai yang mengalirkan air mata termasuk juga aku[terharu sangat time tu]....
Semoga ilmu yang telah dicurahkan kepada kami akan diredhai...Amin.
Tika masa berputar dengan pantas...Tak sangka rupanya masa bersama guru guru dan sahabat sudah menemui jalan penghujungnya..tapi aku masih tidak dapat terima kenyataan ini kerana belum puas untuk aku menikmatinya..Harapan aku semoga masing masing mencapai keputusan yang cemerlang spm tahun nie..........Amin...........

Sepuluh jari disusun untuk memohon kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini...
Semoga masing masing jawab soalan dengan tenang dan tidak terlalu excited..
Good Luck untuk semua Spm candidate 2009!!!
                                                                                            

Sunday, November 8, 2009

Lama aku menghilang..!!!

Hai semua!!!Salam Satu Malaysia!!!
Wah!!Dah lama aku tak buka blog kesayangan aku nie!!Sayangnya~~~Actually aku bukan menghilangkan diri,tapi internet aku ade problem besaq!!!Hari nie sanggat2 bertuah untuk aku sebab dah okay balik!!Rindu giler dengan korang..Sorylah sebab tak comment pape kat blog korang semua..Aku mintak maaf sesanggat sebab aku sibuk dengan Exam...Korang pun tahu Spm tinggal beberapa hari je lagi.Aku cuma meniti waktu je sekarang nie...Actuallykan,banyak sanggat aku nak story kat korang.Tapi tulah...aku tak dapat nak story
sekarang nie..Lepas habis SPM nanti,aku nak on9 puas2!!!Huhuhuhu...sayang korang sanggat sanggat!!


Friday, October 23, 2009

Buat ku tersenyum sehingga kini.

Dari sekolah tadi sampai sekarang aku asyik tersenyum
dan memikirkan dirinya yang sangat sangat lucu...hahaha...Nak tahu kenapa???
Tak pelah lepas SPM nanti aku akan bahagiakan kau...Tunggu dulu,,aku sebenarnya belum bersedia untuk  mengucapkan kata putus pada dirinya..Mungkin engkau tertunggu tunggu jawapan itu....
Engkau telah berjaya membuat aku tersenyum sampai sekarang....Hik3!!
Nie semua sebab abanglah nie..Woi Syahmi hampeh betullah ko tadi..Tengok tu ko dah buat dia tersipu malu kat depan aku....Hik3...Aku tak minta pun,tapi dia yang bagi.Orang lain pula minta minta.Aku just senyap je.
Sebenarnya,aku nak tengok sama ada dia pedulikan aku atau tak.Itu saja...

Sabarlah ye...aku pun akan siap sedia menerima kau seadanya...
Nampaknya dia tak suka style rambut aku..Tapi tak pelah ye,aku memang rase selesa sekarang nie..
Mybe lama lama nanti ko suka???Sape tahu kan...Hik3...
Okaylah tu je nak story hari nie...




Thursday, October 22, 2009

Sekadar Untuk bacaan Anda semua


Sakit Yang teramat+Tak tahan

Halooo kawan kawanku semua~......
Aku nak citer korang pernah sakit perut tak mase wat Exam....???Korang rase macam nak give tak??
Hari nie kat sekolah aku sakit perut sangat sangat..Rase tak tahan..Dah lah ade exam pulak tu...Rase tak selesa betul..Korang mesti pernah merasakan...Aku pagi tadi,sebelum nak pergi sekolah dah masuk tandas dah..Tapi sampai je kat sekolah aku terasa sakit perutlah pula..Mula mula tu sakit macam biasa..Tapi time nak jalan masuk kelas,aku terasa macam pisau yang menusuk nusuk ke perut aku..Aduh!!!Time tulah aku teringat kenapa aku sakit sangat.Sebab petang semalam aku makan cili banyak sangat...Seronok aku makan
mangga cicah dengan cili yang pedas sampai diri sendiri nak SPM pun masih nak makan buah mangga yang masam tu...Aduh ai Nick nie sedarlah sikit awak tu nak exam.Nanti jadi pelupa kank...

Dahlah hari nie exam Chemistry,Physics,dengan moral...Tu pun,nasib baik paper 1 je hari nie...Memang aku tahan sangat sangat sakit perut aku pagi tadi...Paper pertama dah chemistry....Dengan sungguh sungguh aku buat sambil menahan pisau yang mencucuk perut aku nie...Tak senonoh betul aku nie sampai bagitaw kat orang lain yang aku sakit perut.Abang pula nasihat kat aku untuk pergi tandas dulu.Tapi aku tak nak...
Yang peliknya aku silap cepat pula buat soalan chemistry tu..20 minit sebelum tamat mase menjawab,aku keluar pergi tandas yang dekat dengan kelas aku...Masuk je tandas aku terasa nak muntah menghidup bau yang teramat menyiksakan hidung aku.Aku just basuh tangan je time tu...Pastu aku masuk kelas balik...10 minit terakhir sebelum tamat masa menjawab paper chemy,abang suruh aku pergi lepaskan dulu..Dengan muka yang pasrah,aku keluar balik semula untuk pergi tandas.Tapi kali nie aku pergi tandas kat blog B yang teramat jauh dari kelas aku yang berada di blog E.....Nasib baiklah tandas blog B nie bersih hari nie....Tapikan,time masuk je tandas tu,tetiba rase sakit perut aku hilang...Aduh pelik betul...tadi dalam kelas terasa nak pecah perut nie...Aku cuma cuci mata tengok benda yang tak berfaedah kat dinding tandas hasil usaha keras pelajar senawang yang gatal tangan...Dengan pasrah juga diriku yang berbaju biru nie round satu sekolah untuk menghilangkan sakit perut aku nie....Time aku nak balik kelas tu,budak budak nie dah kutip kertas jawapan and aku cuma relaks duduk dan berusaha menenangkan perut aku yang sedang dilanda peperangan nie..ADUH!!!hari yang paling malang..Memang tak pernah aku sakit perut time time nak exam nie..After that,menjawab paper Fizik.Dengan tenang dan ade sakit sakit sikit aku berjaya menjawab habis semua soalan...Kenapa soalan SBP senang ek??Bagi aku,trial N9 paling susah giler!!!

So korang ambik iktibar daripada apa yang nick lalui hari nie...Memang kata orang sukar dijangka penyakit itu akan tiba.Tuhan cuma nak uji kesabaran nick hari nie..Mula mula tu,nick rase cum tak nak ambik ujian tadi sebab nak balik rumah..Tapi disebabkan usaha nak buat juga,Nick teruskan menjawab dan mungkin ada hikmah disebalik semua tu...Bukan apa,yang peliknya,sebelum nie bila jawab paper chemy dengan fizik,Nick selalu tak sempat nak jawab semua sekali soklan..Kadang kadang tu,sampai 10 soalan tak sempat..Tapi hari nie 10 minit awal dah siap...Mybe sebab sakit perut nie meransang otak aku untuk nak cepat siap...Aduh nasib baik sakit dah reda....hik3 nak senonoh betul Nick nie citer benda nie kat korang semua.

Wednesday, October 21, 2009

Wajahnya masih terbayang di depanku

Helo my frens,my blogger,and my flower....
Hari nie mungkin hari yang indah buat aku dan kengkawan aku.Hari nie aku exam Mathematics dengan Sejarah.Agak kurang senang jugalah.Tapi aku paling suka jawab paper sejarah hik3.Paper maths pulak,aku macam merangkak jugalah.Tapi still okay lagi.Esok pula,aku exam paper Chemistry,Physics,and Pendidikan Moral...nielah antara paper yang sering kali membunuh aku...Kejam sungguh soalan soalannya....Tengoklah macam mane esok..Tapi kalu tak study apa apa pun,tak gunalah kan...So harap dapat jawablah esok.


Sebelum aku nak tidur malam tadikan kira kira pukul 2.14pagi.Agak agak macam tulah..Aku tetiba rase seram sejuk pula dengan keadaan luar bilik aku mase aku nak basuh kali kat bilik air.Macam macam aku fikir dalam pale otak aku..HANTU???Itulah yang bermain kat pale aku mase tu...Lepas basuh kaki je,aku terus masuk cepat cepat dalam bilik.Time tu bapak aku tutup semua lampu.Sampai aku terlanggar mesin basuh..Nasib baik tak sakit kaki aku.....Lepas masuk bilik terus kunci dan aku cepat cepat baring atas katil aku yang sejuk tu...Laptop aku yang ade kat atas tilam tu terbiar macam tu je lepas habis aku study paper trial yang aku download....Tapi lepas tu tutuplah..hik3...

Sebelum aku nak lelapkan mata tu aku tetiba teringat dekat arwah kawan aku Nor Hisyam...Dia meninggal 6 tahun yang lepas sebab kemalangan..Mase tu aku dalam darjah lima and arwah tingkatan satu..Arwah nie kira kawan rapat aku...Time cuti je dia datang rumah kakak dia kat sebelah rumah aku.Dia nie anak bongsu dalam family so dialah yang paling muda..Kakak dia kawan dengan mak aku..kakak dia nie dah ade anak dah..Anak anak dia kawan kawan aku juga...So memang bestlah kalu time cuti tu sebab Hisyam balik dari kampung...Arwah memang baik dengan aku and dia nie seorang yang suka mengalah dengan anak anak buah dia....Masih segar dalam ingatan aku kitaorang semua berkhemah dalam rumah aku sambil tengok cter hantu...Moment yang paling best bila masak maggi kari 5 bungkus untuk semua orang sampai mee tu terlebih masak..Hahahaha time tu budak budak lagi manelah tahu sangat..malam tu parent aku tak de sebab diaorang pergi Port Dickson....So nie peluang aku ajak tidur ramai dalam rumah aku.Lagi pun rumah masing masing dekat ngan rumah aku so parent diaorang tak marahlah....Aku rindu mase lalu...Kalaulah arwah masih ade kan bagus...Bila arwah balik dari kampung  je dia akan paling mak aku dulu dengan panggil 'Aunty,Nicholas ade tak..'Arwah agak rapat dengan mak aku sebab tulah sampai sekarang mak aku masih ingat panggilan Aunty tu...Aku agak sedih bila dengar berita kemalangan tu dari kakak arwah..Tak sangka baru lepas beberapa hari aku jumpa dia,dia dah pergi buat selama lamanya...Dia meninggal lepas balik daripada majlis hari raya anak anak yatim dengan mak arwah dan pak ciknya...Seingat aku malam kejadian,van yang pakcik arwah pandu berhenti kat tepi jalan sebab nak tolong orang yang rosak tayar keretanya..Mase tu,tiba tiba sebuah lori besar yang laju datang  dari arah belakang tanpa disedari terus merempuh van yang dinaiki arwah.Dalam mase yang sama,arwah dengan Ibu tengah tidur..Van diaorang tercampak ke gaung dan Arwah terpelanting ke bawah....Agak menyayat hati bila aku dengar cter dari kakak dia...Dia meninggal kat hospital lepas sedarkan diri...Lepas tu baru mak dia meninggal sejurus selepas beberapa minit...Tak sangkakan,Tuhan boleh tarik nyawa kita bila bila mase...Aku yang tak tahu apa apa ni menangis dengan tiba tiba lepas kakak dia bagi tahu semuanya...

Kenangan dengan arwah adalah sebuah memori yang sukar dilupakan sebab dia terlalu baik dengan aku and family aku...Sampai sekarang aku masih teringat bayangan arwah Hisyam.....Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang beriman..



Tuesday, October 20, 2009

Kesal+Tension

Actually,aku tak de benda pun nak story sangat hari nie..
Hari nie ade kelas fizik.Aku baru tahu malam tadi from my bff Hani.Ingatkan malas nak pergi.Tapi bila fikir aku nie dah pandai sangat ke..So pagi tadi aku bangun awal pukul 5.30pagi.Walaupun aku mengantuk giler sebab malam tadi aku tengok Wild Bunny 2PM dekat youtube sampai pukul 1.30pagi.Agak mengong juga aku nie.Dah nak SPM tapi leka dengan Nichkhun aku..Tapi aku tak tipu memang best giler Wild bunny tu.Walaupun,aku tak beberapa faham sebab tak de subtittle kat bawah.Tapi citer tu berjaya buat aku gelak tak henti-henti sampaikan adik aku yang tidur kat bilik sebelah menjerit suruh tidur...Nie ayat yang adik aku kuarkan."Woi tidurlah esok aku nak pergi sekolah"..Aku dengan rase marah pun cakap.."Ko apa tahu...sibuk je"..Kejam betul aku nie..Hahahaha.....Tiba-tiba aku rase sangat sangat mengantuk lepas tu..So tidurlah...hik3...

Pagi tadi jugak,sebelum aku nak pergi sekolah,tetiba aku rase patut tukar gaya rambut aku..Asyik ikut style punk je..Boring lah kan..So aku tengok gambar Nichkhun dalam laptop aku..Aku pun memang nak ikut style cum Nichkhun.Akhirnya aku berjaya juga buat rambut cum dia...Excellant!!!
Sampai je dekat pintu pagar sekolah,bebudak kelas 5B dengan 5C pandang semacam je..Ape hal???
Mase aku nak menuju ke Makmal fizik tu,ade budak perempuan sekolah senawang 3 yang menumpang kat
 sekolah aku tu tetiba menjerit depan aku..Aku ingatkan ape benda???So aku terdengar mase diaorang tengah beborak.Nie ayat yang aku dengar dari mulut diaorang..."Rambut abang tu lawa macam pelakon BOF[Boy over flower]..Aku pun,dalam hati cakap sambil menuju ke makmal fizik.."ye ke"?...Pastu aku terfikir sape pelakon BOF yang sama rambut ngan aku nie???Masuk je dalam makmal fizik tu,aku tengok only Wani[my Bff dalam AES] dalam class tu tengah duduk sorang sorang dengan Puan Zaini.Aku pun cakap dengan Wani baik tak payah datang tadi..Tapi lepas tu ramai juga yang datang..dalam 40 oranglah dari 3 buah kelas.Aku duduk dengan Wani,Mimi and Izzati.Aku agak terasing juga time tu sebab selalunya aku duduk dengan Hani,Nora,Wan...Wani kurang sikit layan aku..Cian aku.

Pastu Mimi tanya Wani dengan aku...Tadi dia ade nampak HanI,Wan,Nora dengan Pnut.Kenapa diaorang tak masuk.."La yeke ko nampak diaorang tadi??"Aku dengan rase marah sedikit.Bukan ke semalam beria ria mengajak aku pergi kelas ke...Tapi tak pelah lagipun ramai jugak tak datang.Hani,kalu aku bagitaw nie jangan marah..Tadi wani cakap ape taw.."I dont care"...Aku tak tahu lah dia cakap sape..Aku rase mybe tu untuk Nora kot....Aku sedikit kesal dengan dia.Nak je aku cakap.."YANG SUDAH TU DAH JELAH"..
Harap ko fahamlah Hani..Aku dapat rasa yang dia semakin jauh dari kita....Malaslah aku nak fikir problem nie..Baik kita cepat cepat selesaikan masalh nie secepat mungkin.Aku dah tak tahan dengan nie semua.

Hari nie puan Zaini ajar kitaorang paper 2 pasal light.Dia cakap tajuk kemungkinan keluar banyak sama juga dengan tajuk Radioactivity.Lepas habis je kelas fizik,Puan Zaini belanja makan nasi lemak.1 kelas tu sorak habis.Tapi aku dh makan maggi pagi tu...Tapi disebabkan nasi lemak tu wangi sangat sangat,aku pun apa lagi makan!!!Hari nie aku agak kebosanan juga dalam kelas.Entahlah kenapa..tak de mood langsung..Balik je rumah,aku buka laptop dan terus on9 je....Malam nie study sejarah ngan maths sebab esok ade ujian pecutan...Aduh tension aku bulan nie..Tapi nasib baik aku dah jumpa buah hati terbaru aku iaitu Nichkhun..
Hik3.....



Semakin hari semakin sayang dekat Nichkhun...Sayang sangat sangat...
Nak juga jumpa dia suatu hari nanti...He always in my heart..
Everything is Nichkhun!!!